Penyelia tapak didenda RM3,500 ugut, cederakan teman lelaki bekas isteri

  • 8 hari lalu
Penyelia tapak didenda RM3,500 ugut, cederakan teman lelaki bekas isteri

BERITA SEMASA 13 MEI 2024

Penyelia tapak didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Tampin, Negeri Sembilan pada Isnin, selepas mengaku bersalah mengugut dan mencederakan teman lelaki bekas isterinya, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Tertuduh, Muhammad Saiful Amiruurashid Md Azhar,29 membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran dan turut berdepan sembilan bulan penjara sekiranya gagal membayar denda terbabit.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh telah menakutkan secara jenayah terhadap seorang lelaki berusia 26 tahun dengan cara mengacu dan membaling sebatang cangkul ke arahnya.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tujuh tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664500/berita/semasa/penyelia-tapak-didenda-rm3500-ugut-cederakan-teman-lelaki-bekas-isteri

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #ugutcederakantemanlelakibekasisteri #mahkamah