Tipu maklumat pasport, Ofu Bhai dan orang kanan ditahan

  • 8 hari lalu
Tipu maklumat pasport, Ofu Bhai dan orang kanan ditahan

BERITA SEMASA 13 MEI 2024

Dua tahun menipu maklumat pada pasport, sindiket didalangi warga asing akhirnya diberkas dalam satu serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sebuah premis di Kajang, Selangor pada Jumaat.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh berkata, seorang lelaki Bangladesh berusia 38 tahun ditahan bersama seorang wanita Filipina, 40-an, yang dipercayai 'orang kanan' melakukan penipuan pada helaian muka depan biodata pasport.

Jelasnya, lelaki tersebut dikenali sebagai 'Ofu Bhai' menawarkan perkhidmatan meminda maklumat iaitu tempoh masa pada helaian pasport yang telah tamat tempoh.

Mengulas lanjut, Ruslin berkata, bagi proses mengubah maklumat pada pasport, pihak sindiket mengenakan caj antara RM1,000 hingga RM1,500.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664497/berita/semasa/tipu-maklumat-pasport-ofu-bhai-dan-orang-kanan-ditahan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #tipumaklumatpasport #Imigresen #JIM