Tragedi tanah runtuh: Dua lagi mayat ditemui

  • tahun lalu
BERITA SEMASA 17 DISEMBER 2022

Dua lagi mayat dipercayai seorang dewasa dan seorang lagi kanak-kanak berjaya ditemui dan dibawa keluar dari lokasi tanah runtuh di Batang Kali menaiki kenderaan polis sekitar jam 1.40 petang, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Info awal diterima kedua mayat ini ditemui kira-kira jam 1.40 petang.

Kedua-dua mayat itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

Pihak polis dijangka mengadakan sidang akhbar mengenai penemuan mangsa terbaharu tersebut dalam masa terdekat.

Artikel: https://bit.ly/3jarOnH

#BeritaSemasa #SinarHarian