Askar, polis undi calon PH - Bekas MP Kangar

  • 10 hari lalu
BERITA SEMASA 11 MEI 2024

Bekas Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad mendakwa undi awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu memihak kepada calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao dengan 592 undi.

Noor Amin menerusi X memberitahu, calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut memperoleh 156 undi, manakala calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainuddin dan calon Bebas, Nyau Ke Xin masing-masing memperoleh satu undi setakat jam 5 petang tadi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664250/berita/politik/askar-polis-undi-calon-ph---bekas-mp-kangar

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKKKB #kualakububaharu