Menteri tiada maklumat aktivis Revolusi Payung diusir

  • 9 years ago
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung tindakan Jabatan Imigresen Malaysia yang menghalang aktivis Revolusi Payung dari Hong Kong Joshua Wong, 18 tahun daripada memasuki negara ini.

Namun, katanya, Jabatan Imigresen mengharamkan rakyat asing daripada memasuki negara ini, khususnya aktivis berdasarkan faktor keselamatan negara.

Wong, yang merupakan penggerak utama gerakan Revolusi Payung tahun lalu ditahan dan dihantar pulang apabila beliau menjejakkan kakinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pagi ini.