Himpunan #TangkapNajib: Polis tangkap lebih 20 aktivis

  • 9 years ago
Belum pun himpunan #TangkapNajib yang dijadualkan di pusat membeli-belah Sogo di Kuala Lumpur bermula pada tengahari tadi, polis bertindak menangkap kira-kira 20 orang aktivisnya.

Hampir 100 anggota polis dikerah bertugas di kawasan pusat beli-belah yang menjadi pusat perhimpunan berkenaan manakala tiga trak dan sebuah van polis - biasanya digunakan untuk mengangkut tahanan - diletakkan di depan kompleks berkenaan.