Pengawal keselamatan curi duit di mesin CDM dipenjara lima bulan

  • 4 hari lalu
Pengawal keselamatan curi duit di mesin CDM dipenjara lima bulan

BERITA SEMASA 17 MEI 2024

Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman lima bulan penjara di Mahkamah Majistret Kuala Pilah pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pendakwaan mencuri duit milik sebuah kedai serbaneka di Melang, Kuala Pilah berjumlah RM2,190, Mac lalu, lapor lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Tertuduh Anis Abdul Aziz, 56, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayuti.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri wang tunai berjumlah RM2,190 milik syarikat MyCU Retail Sdn Bhd di sebuah bank di daerah Kuala Pilah pada 31 Mac lalu jam 2.53 petang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665240/berita/semasa/pengawal-keselamatan-curi-duit-di-mesin-cdm-dipenjara-lima-bulan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #CuriDuit