Sultan Selangor titah segera siasat Faisal Halim disimbah asid

  • 15 hari lalu
BERITA SEMASA 6 MEI 2024

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar polis segera menyiasat insiden berunsur keganasan membabitkan pemain pasukan Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali Faisal Halim yang disimbah asid di sebuah pusat beli-belah pada Ahad.

Sultan Sharafuddin selaku Penaung Selangor FC dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah sebagai Presiden Selangor FC mengecam sekeras-kerasnya serangan tidak bermoral itu dan mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kejadian hingga akar umbi serta mencari punca sehingga pelakunya dapat ditangkap segera.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663056/berita/semasa/sultan-selangor-titah-segera-siasat-insiden-babitkan-faisal-halim

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #SultanSelangor #FaisalHalim #SelangorFC