Suami isteri abai dua anak, kereta rempuh bazar akan fail representasi

  • 18 hari lalu
Suami isteri abai dua anak, kereta rempuh bazar akan fail representasi

BERITA SEMASA 3 MEI 2024

Pasangan suami isteri akan memfailkan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi pertuduhan meninggalkan dua anaknya yang masih kecil dalam kenderaan tidak dimatikan enjin tanpa pengawasan, Mac lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Perkara itu dimaklumkan peguam, Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie yang mewakili Muhammad Firdaus Shariman, 33, dan Siti Salasiah Jumaah, 25 ketika sebutan kes di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Jumaat di hadapan Hakim, Norma Ismail.

Pada 3 April lalu, kedua-dua tertuduh membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh bersama-sama didapati mendedahkan dua anaknya iaitu perempuan berusia lima tahun tujuh bulan dan lelaki berusia setahun tiga bulan dengan cara meninggalkannya dalam kenderaan yang tidak dimatikan enjin tanpa pengawasan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662644/berita/semasa/suami-isteri-abai-dua-anak-kereta-rempuh-bazar-akan-fail-representasi

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #keretarempuhbazar #tinggalanakdalamkereta