'Siasatlah...mereka akan tahu apa yang sebenarnya'

  • 18 hari lalu
'Siasatlah...mereka akan tahu apa yang sebenarnya'

BERITA SEMASA 3 MEI 2024

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sedia disiasat berhubung dakwaan mengedarkan sampul duit raya yang tertera gambar beliau kepada pengundi di Kuala Kubu Baharu.

Jelasnya, tindakan beliau itu dilakukan sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Tambahnya lagi, pemberian duit raya merupakan amalannya sewaktu menyantuni kakitangan KKM dan pesakit di wad.

Dzulkefly berkata demikian mengulas mengenai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya berkaitan pemberian duit raya sehingga Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat perkara tersebut.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662663/berita/politik/quotsiasatlahmereka-akan-tahu-apa-yang-sebenarnya---dr-dzulkefly

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #KementerianKesihatan #DuitRaya