Peminjam LPPSA boleh tangguh bayaran rumah dalam pembinaan

  • 8 bulan lalu
BERITA SEMASA 11 OKTOBER 2023

Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong menyatakan bagi pembiayaan perumahan yang masih dalam pembinaan, peminjam boleh menikmati tempoh penangguhan selama 24 bulan bagi pembinaan rumah atas tanah manakala, 36 bulan bagi pembinaan rumah bertingkat atau sehingga pengeluaran bayaran kemajuan perumahan kepada pemaju mencecah 95 peratus.

Dalam erti kata lain katanya, peminjam sebenarnya tidak perlu membayar balik pembiayaan dalam tempoh penangguhan tersebut yang merupakan satu kelebihan pembiayaan LPPSA kepada penjawat awam.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/628632/berita/nasional/peminjam-lppsa-boleh-tangguh-bayaran-rumah-dalam-pembinaan

Muzik: Elevate dari bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen