KPDN terima 99 aduan bazar Ramadan - Salahuddin Ayub

  • tahun lalu
Memasuki hari kelima Ramadan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menerima 99 aduan mengenai kualiti serta harga makanan yang dijual di bazar Ramadan.

Walau bagaimanapun, Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan aduan mengenai kualiti makanan yang dijual di bazar merupakan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Salahuddin berkata kepada media selepas melancarkan Bazar Ramadan Rahmah di Presint 14, Putrajaya hari ini.