Curi Kereta | Hanya dua minit, kenderaan mewah 'hilang'

  • 2 tahun lalu
Hanya tempoh dua minit.

Itu tempoh apabila Geng Ah Beng mencuri sebuah kenderaan mewah.

Bagaimanapun sindiket curi kenderaan mewah itu tumpas. Selepas 10 individu ditahan dalam siri serbuan sejak 17 Jun hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata, 10 individu itu termasuk tiga wanita tempatan, diberkas dalam serbuan di Perak, Pahang, Kedah dan Johor.