Parlimen: SPR masih belum berpuas hati dengan e-voting

  • 2 tahun lalu
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan membayangkan e-voting atau e-undi tidak akan dilaksanakan dalam Pilihan Raya Umum (PRU), sekiranya diadakan dalam masa terdekat.
Beliau memberitahu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum berpuas hati dengan isu kerahsian dan keselamatan dalam perjalanan pengundian itu.