Bersatu guna logo Perikatan Nasional dalam PRU-15 - Muhyiddin

  • 4 years ago
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang, kata presidennya Muhyiddin Yassin.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa gabungan itu akan diterima rakyat pada PRU akan datang berikutan kemenangan di Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini.