Maszlee mahu budaya hormat pengawal keselamatan diterapkan

  • 5 years ago
Melalui ciapan Menteri Pendidikan Maszlee Malik hari ini, sebuah video dimuatnaik olehnya yang memaparkan pelajar-pelajar di Sekolah Kebangsaan Luagan di Keningau, Sabah bersalaman dengan pengawal keselamatan sebelum memasuki sessi persekolahan.


Katanya budaya menghormati perlu diterapkan kepada anak-anak dan sekolah sememangnya harus berfungsi sebagai satu platform pendidikan yang memupuk budaya hormat-menghormati.