EKSKLUSIF: 'Penguasaan bahasa Melayu menteri masih banyak perlu diperbaiki'

  • 5 years ago
Di mata ketua pengarah baru Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), masih banyak yang perlu diperbaiki oleh para menteri berhubung kualiti bahasa Melayu mereka.

Kata Abang Sallehuddin Abang Shokeran, daripada tahap terbaik lima bintang, beliau memberikan taraf antara dua hingga tiga bintang saja kepada menteri Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, tahap itu dinilai berhubung penggunaan bahasa Melayu dalam sesebuah sidang media yang diadakan menteri PH.

“Jika saya diminta untuk menilai, mungkin sidang media menteri, boleh kita katakan sekarang ini semua menteri baru.

“Kita beri dua bintang. Dua atau tiga bintang ini dilihat secara umum.

“(Namun) Ada menteri yang berusaha untuk menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik,” katanya ketika ditemui di pejabat DBP di Kuala Lumpur baru-baru ini.