Acer Malaysia lancar empat peralatan Chrome baharu

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 20 April - Acer Malaysia hari ini melancarkan empat peralatan Chrome terbaharu buatannya dengan matlamat mengukuhkan lagi penguasaan mereka dalam segmen pasaran peralatan ini.

Peralatan Chrome yang dilancarkan ini terdiri daripada tiga buah model Chromebook iaitu Chromebook R11, Chromebook 14 dan Chromebook 11 N7; dan sebuah Chromebox CXV2, yang sesuai digunakan bagi tujuan pendidikan dan juga perusahaan.