'Adakah undi untuk Dr M sama undi untuk Anwar?'

  • 6 years ago
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan pandangan bahawa satu undi untuknya bersamaan dengan satu undi untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Mahathir berkata demikian mengulas soalan wartawan dalam wawancara media Australian ABC News 24 semalam.

Kata Mahathir, atas dasar persetujuan bersama Anwar, beliau tidak berhasrat mengetuai pentadbiran negara dalam tempoh yang lama sementara menanti Anwar dibebaskan dari penjara dan kembali ke arena politik.

Recommended