Sunway Property lancar projek hartanah RM30 bilion

  • 6 years ago
Iskandar Malaysia terus menjadi tumpuan pemaju hartanah dengan terbaharu, kumpulan Sunway melancarkan projek pembangunan bercampur, Sunway Iskandar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM30 bilion. Projek pembangunan bercampur yang menawarkan gaya hidup moden di atas tanah seluas 728 hektar itu dibangunkan oleh kumpulan Sunway menerusi bahagian hartanah, Sunway Property.