Kadir: Pasaran saham jatuh 2% ketika AGM Umno

  • 8 years ago
Perhimpunan agung tahunan AGM Umno yang berakhir Sabtu lalu berjaya menyelamatkan Datuk Seri Najib Razak tetapi tidak menyelesaikan masalah parti itu dan negara, kata tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin.

Kata Kadir, persidangan itu juga tidak berjaya menaikkan keyakinan pelaburan kepada Umno sehingga menyebabkan pasaran saham terus jatuh 2 peratus dari 8 Disember hingga 11 Disember.

Bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu mendakwa dalam blognya bahawa Najib dan konco-konconya tidak peduli Umno pecah tetapi hanya peduli tentang kelangsungan kuasa.