Dr Dzulkefly Ahmad dibelasah selepas solat subuh

  • 9 years ago
Harakahdaily melaporkan ahli jawatankuasa PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad dipukul dan ditumbuk oleh individu yang tidak dikenali selepas balik daripada solat subuh pagi tadi.

Portal rasmi PAS itu memetik Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat berkata selepas memukul Dr Dzulkefly, individu berkenaan berkata kenapa kurang ajar sangat.

Katanya, Dr Dzulkefly memaklumkan kepadanya bahawa beliau akan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.